cerita tentang aku, dia, kamu dan anak-anakku..
Hari ini adik saya tag saya dalam status fb dia. Katanya abah sms dia tulis "hari lahir abah". Saya hampir2 terlupa tarikh hari lahir abah meskipun satu ketika dulu saya kerap menggunakan ic abah (masa apply ptptn, apply u, apply keje etc). Yang saya ingat adalah hari lahir anak saya Nur Zulfa Khaira pasa 10hb Mei setiap tahun. Dan saya menyambutnya saban tahun tanpa ketinggalan. Bukti betapa saya mengingati, menyayangi dan mengasihi anakanda sulung saya.
Pantas, saya menaip sms kepada abah supaya beliau gembira anak2 masih mengingati beliau. Jika tidak di"remind" adik saya, kemungkinan BESAR saya lupa tarikh lahir abah (tarikh daftar sebenarnya sbb abah lahir bulan Februari).
Masa kami kecik, kami kurang berinteraksi dengan abah. Abah orangnya sibuk. Usai tugasan pejabat, abah selesaikan pula tugasan seorang anak (setiap petang selepas abah balik keje dia akan melawat tok dan tokwan masa arwah masih hidup). Kadangkala abah terpaksa tunaikan tanggungjawab sesama islam. Seringkali, abah outstation berbulan lamanya dek tuntutan sekeliling (Kadang2 dpt la ikut abah outstation, kadang2 terlepas )
Itu sebabnya kami lebih rapat dengan mama berbanding abah.
Walau apapun, sesibuk mana seorang bapa, beliau masih bapa dan hero kita sejak kecil. Hormat padanya dan kagum dengannya, saya menjadi saya yang sekarang.
Berbalik soal ingatan antara tarikh lahir anak dan tarikh lahir bapa, saya akui, saya pelupa. Pelupa kerana abah itu jauh di mata manakala anak itu dekat di mata.
Saya sepatutnya mengingati abah by heart (sepenuh hati), selagi mana beliau tidak kembali kepada Allah.
Selamat hari lahir abah, dan selamat hari lahir anak.
P/s: ditulis pada 9 Mei 2013 tetapi di"post"lewat :)
Alkisah nak cuci umah pon kena curi-curi masa. Maklumla, "tentera" ada 3 orang, pastu komander sorang. Makcik bibik indon takde plak utk tolong cuci-cuci (haritu ada ambil cleaner ofis sekali tapi dia dah tak available sbb dah kawen).
Saya pulak jenis yang takleh pijak lantai kalau 1bulan xmop. Yela, dengan anak2 kecik bagi tumpah air ribena, milo, susu, nasi goreng etc, tak ke geli nak pijak lantai umah sendiri? Huhu... rasa sangat tak hygienic. Tgk anak merangkak, alahai....
Ada la satu hari tu, saya bertekad nak cuci lantai jugak. Takmo tangguh2 sbb slalu xjadi. So malam tu saya tidokan anak2 seawal mungkin. Pas naufal tido, saya bangun kemas menan anak2 yg berterabur. Nak mop umah banyak step kena buat sebenornya.
Abes kemas menan, kutip dari sekecik2 menan kat lantai sehingga sebesar2nya, masukkan dalam bilik anak2 dan saya dengar naufal nangis. Terpaksa curi2 masuk bilik utk susukan dia.
Bila dia dah tido balik, saya teruskan step kedua iaitu menyapu lantai. Kena cepat2 takmo naufal terjaga lagi. Elok2 abes je sapu sampah, budak kecik tu ek-ek lagi...tak puas minum susu gamaknya. Alahai... mak ni asyik dok tgk jam je. Pkl brp nak siap mop ni? Asyik tergendala......ja!
Pas tu bagi dia susu lagi sekali. Dah siap, saya masuk toilet dan prepare air ajax... kebetulan sabun mop lantai saya ada untuk sekali mop je lagi. Bertambah bersemangat la saya. Konon guna stok clearance (bbrp kali dok goncang botol ajax utk pastikan tiada sisa sabun hatta buih yg tertinggal...jimat gila ai ni kan...hehe).
Tetiba, utk kesekian kalinya anak bujang ai nangis lagi. Ai pun biar je baldi berisi titisan ajax terakhir kat dalam toilet.
Akhirnya, dapat juga mop dgn mudah sbb akhirnya dibuai mimpi indah tanpa penat mengemop...ok tipu. Belum habis lagi cerita ai..
Bangun pagi selepas solat, terus cari baldi dan mop. Semangat masih berkobar2. Almaklum, pagi tu adalah pagi hari cuti.
Bila masuk toilet, didapati baldi berisi buih2 ajax terakhir dah tiada. Dalam hati saya kata, mustahil husband saya tlg mop sbb seumur hidup dia lom pegang lagi batang mop tu.
Cari lagi dalam toilet satu lagi. Takde jugak.
"Abang, nampak tak baldi biru berisi sabun dalam toilet u?"
"Sabun?"
"A'ah, semalam nak mop pastu naufal jaga..pastu susukan...pastu nak mop lagi...pastu dia jaga lagu...bla..bla..." membebel sbb ai dapat hidu sesuatu yang merupakan fe'el suami.
"Owh, I dah buang...I ingatkan air bekas mop"
Dengan suci hati suamiku berkata benar kerana baginya beliau telah melakukan sesuatu kemuliaan.
Warghhhhhh...justeru wanita yg garang ini makin bertambah garang dan sakit hati. Awatla suamiku rajin sangat? Apsal la dia rajin buang air tu? Bukankah batang mop masih tersangkut didinding tandas dan rambut mop masih kering?
Tatau nak ckp ape da. Terus mood utk mop lari. Sekian...
P/s: suami isteri selalu berbeza2 sifat dan pandangan.terimalah seadanya kerana kita diciptakan untuk saling melengkapi :)
Yes. Hari ni genap lima tahun bekerja di sini.
Kalau xsilap, interview haritu 30hb Januari 2008, dapat keputusan tengah bulan 4 (saya ada blog pasal ni dulu) dan lapor diri jam 8 pagi di tingkat 9, blok 9 :)
Saya sambut ulangtahun setengah dekad di Lembaga dengan EL di pagi hari ni (sbb smlm xcukup rehat....penat dan lemau rasanya). Nanti petang kena masuk ofis utk setelkan beberapa perkara sbb esok cuti utk blk mengundi di Kepala Batas....
Selamat hari pekerjà dan selamat mengundi ;)
Ok. Dengan rasminya bersiaran dari android yo...
Kesahnya blackberry saya tu dah dhoif sangat. Dah lebih 2-3 bulan rosak (simcard error katanya). Bukan selalu jadi tapi kdg2 sampai orang yang selalu call naik feedup.
Kalau appear problem simcard error tu,alamat la takleh trima call dan buat call. Kena switch off dan on balik. Kalau nasib baik, leh terus guna. Kalau tidak, dua tiga kali on off pon masih takleh guna....grrrrrr
Ekceli saya dah order note ii dengan kawan. Sepatutnya dua minggu pas tarikh shipping dah dapat. Sekali lambat plak nak dapat. Dekat sebulan lebih lom dapat lagi. Terpaksa la cari alternatif I.e beli fon baru. Yang saya booking tu baru bayar deposit rm300. Semoga dapat balik la deposit tu. Ai bukan tanak, tapi keadaan mendesak supaya g cari enfon baru....kuikui.....
Saya tak beli yang idaman hati pun sbb tetiba terfikir, daripada habiskan duit beli enfon baru, baik le guna duit tu untuk beli kabinet dapur... ada gak faedahnya terhadap tupperware saya, kan?
Panjang pulak celoteh kalini. Jumpa lagi, assalamualaikum!
Ia adalah nama rekaan untuk mendiamkan anak-anak perempuan saya yang suka menangis dan merengek tak kena tempat.
Stella itu kononnya nama bagi salah seorang penyewa berbangsa Negro yang memiliki susuk tubuh yang besar dan mempunyai seorang anak. Memang wujud pun wanita ini. Acap kali kami terjumpa di dalam lif. Cuma saya tak tahu nama betul dia.
Saya reka cerita bahawa Stella nak budak-budak kecik untuk jadi kawan anak dia sebab anak dia takde kawan sebab dia Negro.
(Masa saya kecik-kecik dulu mama gunakan India penebas rumput untuk takutkan kami supaya tak main kat luar masa tengahari sebab panas. India tu biasanya jalan di sekitar kampung sambil bawa guni dan tajak untuk tebas rumput. Mungkin untuk dijadikan makanan lembu dia. Tapi mama cakap, India tu bawak guni. Dalam guni ada kepala budak-budak yang ditakek/potong guna tajak. Mau tak takut!!)
Bila sebut “Stella” atau call “Stella” cepat je mereka berhenti menangis/merengek. Tapi kena la berlakon cakap cenggini “Can u pick my doter, now?” or “Are u busy?” “A..ah, dua orang. Dia menangis tak berhenti la...”
Zulfa takut Stella sebab tanak hitam cam Stella. Sebab saya tokok tambah sikit versi takutkan Zulfa. Kononnya, kalau Stella ambik budak-budak, dia akan lumur minyak bagi hitam. Baru la anak dia nak kawan...
Ada satu malam tu, kitorang baru lepas parking kereta dan tengah berjalan kat taman. Tiba-tiba nampak anak Stella. Budak-budak ni otomatik berprasangka buruk sambil buat muka takut. Sedar-sedar, maknye tengah dok memerhati dari jauh. Kantoi!!!
Mengikut orang-orang tua dulu, anak pertama "tanah", diikuti air, api dan angin.
Suami anak pertama= tanah.
Saya anak kelima= tanah.
Sebenarnya, kalau ikut "rancangan jodoh" saya, saya nak cari "air" yang boleh melembutkan tanah (saya). So, saya patutnya cari lelaki anak no dua atau no enam...hehe
Tapi itulah jodoh.
Tanah dengan tanah= keras. Dua-dua keras kepala sebenarnya. Dua-dua degil jugak. Tapi bila bergabung, subur pulak :p
Walaupun elemen yang sama, perbezaan tetap ada.
Semalam saya dengar siaran tvalhijrah. Kata ustat tu, isteri yang solehah boleh jadi jiran nabi-nabi di akhirat kelak.
Saya tersentap. Betapa selama ini saya mengidamkan nak berjiran dengan nabi-nabi (tapi mengikut pengetahuan saya yang sedikit, saya tahu takkan dapat). Rupa-rupanya ada perkara mudah yang sukar dilakukan yang membolehkan saya berjiran dengan manusia istimewa di sisi Allah.
Tazkirah Jumaat: jom pakat jadi isteri solehah. semoga kita dapat jadi jiran nabi-nabi kelak...
mode:insaf.....