Followers

13 September, 2011

Rayuan Haji

1.4.2011
Hantar emel kepada tabung haji. Surat rayuan saya scan dan attach sekali.
Faks surat rayuan
*

29.6.2011
Hantar surat rayuan kedua di TH Selayang.
Emel surat ke TH
*

30.6.2011
Emel surat rayuan kedua ke TH Maju Junction (sebab bila follow up dengan TH, derang tak terima emel saya sebelum ini).
Saya emelkan sekali surat terima tawaran suami dan surat akuan terima surat rayuan yang dicetak TH Selayang.
*

4.7.2011
TH emel saya. Minta saya lengkapkan borang Mahram. Kehulu kehilir saya cari pejabat agama. Saya pergi Majlis Agama Islam XYZ. Pergi department A, dia kata kat department B, pergi department B dia kata department A (saya rasa macam tengah saie. ulang alik ke dua blok berasingan 3-4 kali ditengah panas).

Dah dapat tandatangan pegawai agama, saya submit borang tu ke TH, Lantai 30. Lega!


15.7.2011
Kakak saya follow up. Dia tanya "dah buat rayuan belum?" Saya cakap "Dah. Dua kali lagi". Dia balas "doa ke tidak kat Allah?" Saya cakap "Aiseh, dok tangguh-tangguh sampai lupa. ok2, nanti aku buat semayang hajat".

Selepas hari tu, saya solat hajat berturut-turut selama seminggu. Betul-betul minta dengan Allah sebab saya yakin, manusia tak de kuasa. Jemputan mengerjakan haji adalah eksklusif dariNya.
*

26.7.2011
Saya follow up. Jawapan menggembirakan!

* in between tarikh-tarikh di atas, saya akan call TH seminggu sekali. TH Call Centre adalah satu-satunya call centre yang paling best pernah saya hubungi. tak macam syarikat telcos dan penyedia perkhidmatan lain. Bahagiaaaa je kalau call TH (tu sebab tiap-tiap minggu boleh call)!


5 comments:

Mommy Fara said...

Tak ke rs bertuahnya awak, kan?

ana said...

tahniah...nape kena buat rayuan, 2nd time ker?

juanita said...

tahniahhhh....doakan saya juga yer :)

kinna said...

fara: syukur alhamdulillah..sy doakan awak juga..
ana: buat rayuan sbb suami je yg dpt tawaran..thanks
juanita: insyaAllah...

Anonymous said...

tumpang tuah suami ghupenya cik kinna nie...sape lah suaminya yg bertuah iteww..? hehe..
nanti kena lebih hormat dan taatkan suami,okey..
a.b.e